Hal Ehwal Murid (HEM)

  ​PANDUAN DAN PERATURAN SEKOLAH   

              01   WAKTU PERSEKOLAHAN

AHAD  HINGGA KHAMIS
7.35PAGI – 1.55 PAGI

1.0         Waktu persekolahan akan berubah dari masa ke masa bergantung kepada keadaan
        02   KEHADIRAN
                2.1          Pelajar-pelajar mesti hadir ke sekolah sebelum atau pada 7.30 pagi setiap hari.
       2.2          Pelajar diwajibkan hadir dan beratur di perhimpunan setiap hari Ahad kecuali jika ada arahan-arahan tertentu.
                2.3          Pelajar wajib hadir mengikuti kelas masing-masing.
                2.4          Kehadiran pelajar akan diambil pada masa pertama.
                2.5          Pelajar yang tidak hadir ke sekolah  disebabkan sakit atau sebagainya mestilah
                                memaklumkannya kepada pihak yang bertanggungjawab (melalui surat sokongan 
                                ibu  bapa / penjaga, atau surat doktor)
                2.6          Pelajar yang ponteng (sekolah/kelas/tuisyen/kokurikulum) adalah satu kesalahan.

       03    PERHIMPUNAN
                               
                3.1          Perhimpunan harian dan mingguan bermula jam 7.30 pagi.
                3.2          Kehadiran pada setiap perhimpunan adalah wajib.
               3.3           Setiap pelajar dikehendaki berada dalam barisan lurus mengikut kelas masing-masing.
                3.4          Berada dalam keadaan yang tertib dan sopan serta bersedia mendengar dan
                                melaksanakan setiap ucapan / arahan guru / pengawas.
                3.5          Berikut adalah antara aturcara perhimpunan mingguan:
  • Pelajar-pelajar menyanyikan Lagu Negaraku
  • Pelajar-pelajar  melaungkan Asmaulhusna
  • Pelajar -pelajar menyanyikan Lagu Sekolah
  • Ucapan Pengetua / Penolong Kanan
  • Ucapan Guru bertugas
  • Nyanyian Lagu Negeri Kedah

       04    PAKAIAN

Pelajar – pelajar  hendaklah berpakaian  seragam yang lengkap seperti mana yang telah ditetapkan pada waktu persekolahan

Pakaian seragam sekolah (lelaki)

1.Kemeja putih berlengan pendek
2.Seluar panjang putih (potongan slack)
3.Songkok hitam
4.Stoking hitam
5.Kasut hitam (kulit/kain)
6.Lencana dan tanda nama ditampal/dijahit  pada bahagian dada sebelah kiri
7.Rambut mestilah pendek serta kemas
8.Kuku hendaklah sentiasa dipotong pendek dan bersih
9.Mulut, gigi dan badan sentiasa bersih dan tidak berbau
10.Pakaian mestilah kemas, lengkap dan bersih
11.Singlet /T-shirt dalam mestilah berwarna putih dan kosong tanpa sebarang tulisan atau corak
12.Seluar mestilah tidak terlalu ketat dan labuh mestilah tidak melampaui buku lali.
13.Tali pinggang hitam berukuran tidak melebihi 4 cm, tidak berkepala besar
dan dipakai dengan kemas.

Larangan

  • Seluar panjang yang ketat / potongan jeans
  • Stoking berwarna-warni  selain daripada hitam /bercorak
  • Kasut selain hitam atau kasut boot


Pakaian seragam sekolah (perempuan)

1.Baju kurung pesak warna putih
2.Lengan ‘’bercuff’’ selebar 2 inci
3.Tudung labuh ke paras punggung
4.Wajib mengenakan anak tudung berwarna putih
5.Kasut hitam kulit/kain
6.Stokin hitam
7.Wajib mengenakan kain dalam hitam/putih/cream
8.Tanda nama mesti ditampal/ dijahit pada bahagian sebelah kiri tudung
9.Kuku hendaklah sentiasa dipotong  pendek dan bersih
10.Mulut, gigi dan badan sentiasa bersih dan tidak berbau
11.Pakaian mestilah kemas, lengkap dan bersih

             Larangan

  • Baju yang ketat atau jarang
  • Tudung yang singkat
  • Kain dalam yang berwarna warni
  • Kasut selain warna hitam.
  • Stokin berwarna warni selain daripada hitam/bercorak

       05   RAMBUT DAN KEKEMASAN DIRI

1.Pelajar lelaki dilarang berambut panjang. Istilah panjang adalah seperti berikut
  • Di belakang : Rambut jatuh melebihi garisan di bawah cuping telinga
  • Di depan : Rambut menutupi garisan tengah dahi
  • Di sebelah : Rambut menutup kedua-kedua belah telinga atau sebahagian daripadanya atau  menyimpan jambang
  • Di atas : Rambut melebihi 2 inci panjang
2.Pelajar juga dilarang keras mengenakan fesyen-fesyen tertentu pada rambut seperti punk, tobek, skinhead  dan seumpamanya.
3.Pelajar yang melanggar peraturan ini akan dipotong rambutnya.  




        06  BILIK KELAS

               1.   Pelajar hendaklah mengikut pelajar dan pengajaran guru bagi setiap mata pelajaran    yang dengan tekun dan penuh minat.
                2.    Pelajar diwajibkan mengikuti  kesemua mata pelajaran di dalam kelas.
                3.    Setiap pelajar hendaklah sentiasa patuh  kepada guru / ketua kelas / pengawas
                4.    Berikut adalah perkara-perkara yang mesti dipamerkan di dalam setiap kelas;
  • Carta organisasi kelas
  • Jadual bertugas kebersihan kelas
  • Jadual mata pelajaran bagi kelas tersebut
                5 .   Pelajar dikehendaki memberi  salam apabiila masuk ke  bilik kelas.
               6.    Setiap kelas digalakkan memenuhi  ruang kenyataan dengan maklumat, poster atau fakta-fakta yang berkenaan pengetahuan am atau pembelajaran.
               7.    Pelajar mesti memberi  perhatian  dan berkelakuan baik sepanjang berada di dalam kelas sama ada guru  ada atau sebaliknya.
                8.    Kerja-kerja rumah wajiblah disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan oleh guru.
                9.    Pelajar tidak dibenarkan membuat bising  walaupun ketiadaan guru di dalam kelas.
              10.  Pelajar tidak dibenarkan keluar  tandas atau lari pada masa belajar atau pertukaran mata  pelajaran  / guru, kecuali dalam keadaan terdesak atau dengan kebenaran guru sahaja.
11.  Pelajar dikehendaki memakai kad keluar  / masuk apabila keluar dari kelas.
12.  Tidak dibenarkan makan, minum  atau tidur semasa berada di dalam kelas.
                13.  Bergurau, mengusik dan bermain-main di dalam kelas  adalah dilarang.
                14.  Pastikan bilik kelas kemas, bersih ,ceria dan dilarang sama sekali menconteng dinding,  
                        papan hitam, kerusi, meja dan lain-lain.
                15.  Pelajar mestilah meninggalkan bilik kelas  dengan tertib , berakhlak dan dalam keadaan
                      senyap pada waktu rehat atau balik.  
                16.  Sebelum balik, pastikan kerusi dan meja teratur, tingkap, lampu dan kipas ditutup.
                17.  Jika ada urusan di pejabat atau bilik guru, pelajar mestilah mendapatkan kebenaran
                        daripada guru terlebih dahulu.

      07    WAKTU REHAT / MAKAN
               
1.Pelajar mestilah makan pada waktu yang ditetapkan sahaja.
2.Sentiasa menjaga adab semasa makan mahupun semasa beratur membeli makanan.
3.Pelajar tidak dibenarkan berada di dalam kelas sepanjang waktu rehat.
4.Pelajar tidak dibenarkan membeli makanan di luar kawasan sekolah.
5.Pelajar-pelajar mestilah mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kantin:
  • Beratur semasa membeli makanan
  • Makan di tempat yang  telah disediakan
  • Berdoa serta mencuci tangan
  • Makan dengan tangan kanan sahaja
  • Tidak dibenarkan makan dan minum sambil berjalan atau berdiri
  • Tidak dibenarkan berada dalam bilik kelas atau di tempat makan guru.
  • Sentiasa menjaga kebersihan tempat makan dan kantin.
  • Tidak membawa makanan / minuman keluar dari kantin.

      08   AKTIVITI KO KURIKULUM DAN PENGHAYATAN ISLAM

1.Pelajar dikehendaki  mengikuti  semua  aktiviti  ko kurikulum  dan semua program Penghayatan Islam.
2.Pelajar diwajibkan menjadi ahli sekurang-kurangnya satu dalam persatuan, kelab sukan permainan dan  badan beruniform  serta wajib menghadiri setiap aktiviti.
3.Pelajar  wajib menghadiri setiap perjumpaan dan mengambil bahagian cergas di dalamnya.
4.Pelajar dikehendaki memakai pakaian yang dikhaskan untuk setiap perjumpaan atau aktiviti ko kurikulum.

Bagi lelaki

1.Berbaju  kemeja-T  yang dikeluarkan oleh persatuan/kelab/badan  beruniform.
2.Berseluar track/slack berwarna hitam atau buru gelap sahaja.
3.Kasut  berwarna hitam /kasut sekolah
4.Berstokin

Bagi perempuan

1.Baju T berlengan panjang / yang telah ditetapkan oleh persatuan/kelab/badan beruniform.
2.Bertudung labuh putih/hitam/biru gelap/warna yang telah ditetapkan.
3.Kasut berwarna hitam/kasut sekolah.
4.Seluar track warna hitam, atau biru gelap sahaja.
5.Berstokin

       09  MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH
               
1.Pelajar dilarang meninggalkan kawasan sekolah dengan apa jua sebab melainkan mendapat kebenaran bertulis daripada pengetua atau Penolong Kanan.


       10   KEBENARAN LAWATAN

1.Pelawat-pelawat dari kalangan ibu bapa / penjaga / waris / individu perseorangan atau kumpulan / agensi perlu mendapat kebenaran pengetua / Penolong Kanan  untuk berjumpa mana-mana pelajar.

       11   UJIAN DAN PEPERIKSAAN
  
1.Pelajar mestiah mematuhi segala arahan semasa ujian / peperiksaan dijalankan.
2.Pelajar-pelajar yang  menduduki  peperiksaan  pada musim cuti sekolah tidak terkecuali daripada semua peraturan sekolah dan asrama.
3.Pelajar tidak dibenarkan pulang  ke rumah / asrama lebih awal dari waktu persekolahanbiasa kecuali mendapat kebenaran pengetua.
4.Kehadiran adalah wajib.
5.Meniru adalah ditegah.

       12   YURAN PERSEKOLAHAN

                1.    Yuran persekolahan pelajar hendaklah dibayar pada dua bulan pertama setiap tahun.
                2.    Lain-lain bayaran hendaklah dibuat mengikut jadual  pembayaran yang ditetapkan.
                3.     Pastikan serahan resit semasa pembayaran dan hendaklah disimpan dengan baik untuk
                        rujukan.
       13   PAPAN KENYATAAN

1.Pelajar  digalakkan membaca  segala maklumat /  kenyataan yang berkaitan aktiviti sekolah di papan kenyataan.
2.Segala kenyataan  yang hendak diletakkan di papan kenyataan mestilah mendapat kebenaran / kelulusan pengetua.
3.Pelajar  ditegah daripada mengotor , merosak, menconteng atau  memusnahkan sebarang kenyataan yang diletakkan.

       14  KENDERAAN

1.Kenderaan pelajar hendaklah diletak dan dikunci di tempat yang dikhaskan.
2.Pelajar tidak digalakkan berkenderaan dalam kawasan sekolah.
3.Pelajar  dinasihatkan sentiasa mematuhi  undang-undang jalan raya.
4.Hanya pelajar yang mempunyai lesen memandu sahaja dibenarkan membawa kenderaan ke sekolah.

       15  PUSAT SUMBER SEKOLAH  

1.Memastikan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
2.Jangan membuat bising serta pastikan suasana  Pusat Sumber  dijaga bersama.
3.Menjaga buku dengan baik dan kembalikan semula ke tempatnya dengan teratur.
4.Memulangkan buku pinjaman tepat pada masanya.
5.Menjaga kebersihan dan keceriaan dengan sempurna.
6.Menggunakan kad Pusat Sumber Sekolah.


LARANGAN

1.Dilarang membawa beg
2.Dilarang membuat bising
3.Dilarang masuk tanpa kebenaran guru bertugas / guru PSS
4.Dilarang membawa makanan atau minuman
5.Dilarang sama sekali tidur di dalam pusat sumber.

       16  SURAT MENYURAT
               
1.Para pelajar tidak dibenar menggunakan alamat sekolah untuk urusan surat menyurat melainkan dengan kebenaran pengetua.
2.Pengetua, Penolong-penolong Kanan, atau kerani berhak membuka sebarang surat pelajar yang dialamatkan ke sekolah.

      17   WAKTU SOLAT

1.Semua pelajar diwajibkan berada di surau sekolah untuk menunaikan solat Zohor berjemaah.
2.Pelajar mesti mematuhi semua peraturan di surau.
3.Pelajar hendaklah sentiasa menjaga akhlak yang baik semasa berada dalam surau.
4.Menjaga kebersihan surau  adalah tanggungjawab pelajar bersama.
5.Pelajar tidak dibenarkan membuat bising atau tidur.

       18   HARTA BENDA DAN PERALATAN SEKOLAH

1.Kesemua peralatan sekolah hendaklah djaga rapi  dan digunakan dengan cermat serta bertanggungjawab.
2.Peralatan hendaklah disimpan di temat asal apabilaa telah selesai  menggunakannya.
3.Sentiasa berjimat cermat apabila menggunakan air, elektrik dan lain-lain.
4.Sekiranya berlaku kerosakan, hendaklah melaporkan segera kepada pihak yang bertanggungjawab.
5.Menconteng, melukis atau merosakkan harta benda sekolah adalah satu kesalahan.
6.Harta benda sekolah adalah tanggungjawab semua pelajar.

       19   KEBERSIHAN DAN KECERIAAN SEKOLAH

1.Kebersihan dan keceriaan sekolah adalah tabggungjawab semua warga sekolah.
2.Pelajar hendaklah sentiasa bersih dan ceria.
3.Pelajar mesti menjaga kebersihan kelas dan persekitarannya.
4.Pelajar hendaklah menjaga kebersihan dan keindahan persekitaran sekolah.
5.Pelajar juga dikehendaki menggunakan tandas, tempat wudu’ mengikut peraturan dan sentiasa menjaga kebersihan.
6.Diitegah keras merosak, mengotor dan menconteng meja, kerusi, dinding, tandas, kantin dan asrama.

      20   KESIHATAN, KESELAMATAN DAN KECEMASAN

1.Apa jua hal-hal kecemasan di sekolah sama ada pada diri sendiri, rakan atau melibatkan sekolah hendaklah dilaporkan segera kepada mana-mana guru.
2.Pelajar hendaklah mematuhi  undang-undang dan peraturan kecemasan kebakaran.
3.Jika pelajar sakit dan ingin ke klinik (dengan pengesahan pengetua/penolong kanan), sila hubungi guru bertugas mingguan untuk tindakan lanjut.

      21   KAWASAN DAN TEMPAT LARANGAN

Kawasan dan tempat-tempat berikut adalah kawasan larangan kepada para pelajar tanpa kebenaran guru atau pengetua.

1.Bilik Pengetua
2.Pejabat sekkolah
3.Kawasan asama/surau
4.Bilik guru lelaki dan perempuan
5.Tandas guru
6.Tandas lelaki bagi perempuan setiap masa
7.Tandas perempuan bagi lelaki setiap masa
8.Persekitaran kantin ketika masa belajar
9.Kelas semasa waktu rehat
10.Bilik stor/stor sukan

      22   BARANG-BARANG LARANGAN

1.Semua jenis dadah
2.Semua jenis hasil tembakau /daun ketum
3.Semua jenis minuman keras
4.Semua jenis senjata tajam dan senjata api
5.Pemetik api/mancis/lilin/pelita dan seumpamanya
6.Alat-alat yang bersifat  tajam
7.Kamera/telefon bimbit/pager/radio/televisyen/MP3/MP4/iPod dan seumpamanya
8.Seluar jeans
9.Pakaian yang tidak bermoral  seperti  pakaian yang ketat, mendedahkan aurat, mempunyai gambar /lambang-lambang yang boleh merosakkan dan sebagainya.
10.Minyak wangi
11.Kosmetik (untuk perempuan)
12.Semua jenis barang kemas
13.Komik / majalah hiburan/ novel cinta / gambar atau poster artis/ gambar diri berfokus keterlaluan / tidak bersopan
14.Cermin mata hitam /teropong
15.Pita video / CD / DVD
16.Semua jenis peralatan elektrik. (Hanya satu seterika sahaja yang dibenarkan bawa untuk satu asrama)
17.Tanda-tanda / lencana / poster / bahan yang berunsur politik.
18.Kad magik, kad pokemon, kad yo-yo, kad porker dan seumpamanya.
19.Semua jenis ubat-ubatan melainkan  dengan kebenaran pengetua.

** Mana-mana barang larangan yang dirampas tidak akan diserahkan semula kepada pemiliknya

        23 TINDAKAN ATAU DENDA
               
             Berikut adalah di antara denda-denda yang akan dikenakan terhadap pelajar yang  melakukan kesalahan dan melanggar peraturan, tindakan / denda seperti berikut:

1.Nasihat /teguran
2.Amaran peribadi
3.Amaran  di hadapan umum
4.Rotan ringan
5.Membuat kerja ringan
6.Membuat kerja berat
7.Sesi kaunseling
8.Surat kepada ibu bapa/ penjaga
9.Panggil ibu bapa / penjaga ke sekolah
10.Tindakan nyata seperti rambut dipotong, barang dirampas dan sebagainya
11.Lapor kepada pihak polis atau Jabatan Kebajikan Masyarakat
12.Bayar ganti rugi
13.Rotan berat
14.Gantung persekolahan
15.Tidak diberi atau ditahan keputusan peperiksaan , sijil atau surat akuan sokongan untuk biasiswa atau melanjutkan pelajaran.
16.Diberhentikan atau dibuang sekolah

  1. Kuasa pemutus dalam semua hal disiplin ialah Pengetua.




JENIS SALAH LAKU DAN TINDAKAN DISIPLIN

Kod
Kesalahan / Perlakuan
Tindakan Disiplin

TINGKAH LAKU JENAYAH

J01
Berjudi
Gantung / Buang sekolah

J02
Mencuri dan memecah masuk kawasan larangan
Gantung / Buang sekolah

J03
Melawan / mengancam / memukul / mencederakan guru
Gantung / Buang sekolah

J04
Melawan / mengancam / memukul / mencederakan pengawas
Gantung / Buang sekolah

J05
Memeras ugut
Gantung / Buang sekolah

J06
Membuli
Gantung / Buang sekolah

J07
Menganggotai kumpulan haram / kongsi gelap
Gantung / Buang sekolah

J08
Menyalahgunakan dadah
Gantung / Buang sekolah

J09
Membawa senjata berbahaya / bahan letupan
Gantung / Buang sekolah

J10
Mencabul kehormatan
Gantung / Buang sekolah

J11
Melawan / mengancam / memukul / mencederakan pelajar lain
Gantung / Buang sekolah

J12
Menceroboh bilik khas / kedai / koperasi / pejabat sekolah atau asrama
Gantung / Buang sekolah

J13
Mengedar dadah
Gantung / Buang sekolah

J14
Menunjuk perasaan / berpiket / mengganggu ketenteraman sekolah
Gantung / Buang sekolah

J15
Bertaruh secara besar – besaran
Gantung / Buang sekolah

J16
Membawa masuk orang luar ke kawasan asrama tanpa kebenaran
Gantung / Buang sekolah

J17
Membakar
Gantung / Buang sekolah

J18
Berzina / liwat / lesbian / homoseksual
Gantung / Buang sekolah

J19
Membawa / memiliki senjata api
Gantung / Buang sekolah





TINGKAH LAKU LUCAH

L01
Bercumbu – cumbuan
Gantung / Buang sekolah

L02
Berkhalwat
Gantung / Buang sekolah

L03
Membawa bahan lucah ke sekolah asrama
Amaran / Panggil ibu bapa

L04
Mengintai pelajar lelaki / perempuan
Amaran / Panggil ibu bapa

L05
Menggunakan kata dan perbuatan lucah
Amaran / Panggil ibu bapa

L06
Melukis gmbar / menulis kata lucah
Amaran / Denda





TINGKAH LAKU KEKEMASAN DIRI

K01
Berambut panjang  (lelaki) / fesyen rambut keterlaluan / bertentangan dengan peraturan sekolah
Potong rambut

K02
Berkuku panjang
Potong rambut

K03
Bermisai dan berjanggut
Cukur

K04
Memakai pakaian seragam yang tidak mengikuti peraturan :


*Tiada lencana
Beli lencana

*Kain seluar bukan jenis slack
Amaran

*Tidak memakai stokin /warna stoking yang tidak dibenarkan
Amaran

*Memakai pakaian biasa ke kelas prep
Tidak dibenarkan masuk





TINGKAH LAKU KEKEMASAN DIRI

K05
Memakai barang perhiasan ke asrama :


*Memakai barang kemas
Dirampas / Amaran

*Memakai minyak wangi bagi perempuan
Dirampas / Amaran

*Memakai subang / rantai / gelang / cincin
Dirampas / Amaran

K06

Membawa barang yang tidak dibenarkan

*Semua jenis alat yang tajam
Dirampas

*Kamera / radio / walkman / pager / telefon bimbit
Dirampas

*Gambar diri berfokus keterlaluan / tidak sopan
Dirampas

*Gambar atau poster artis / model
Dirampas

*Teropong
Dirampas

*Kosmetik / minyak wangi
Dirampas

*Majalah hiburan / komik
Dirampas

*Pita video / VCD / Kaset
Dirampas

*Kad poker / bahan judi
Dirampas

*Tanda – tanda / poster / lencana / bahan berunsur politik
Dirampas

*Kad magik, kad pokemon, kad yo – yo dan seumpamanya
Dirampas

K07
Memakai selipar, sandal kecuali dengan kebenaran
Dirampas

K08
Kuku berwarna / berinai
Amaran / Dirampas

K09
Mewarna rambut
Amaran / Bersihkan

K10
Mencabut bulu kening
Amaran

K11
Bersolek
Amaran





TINGKAH TIDAK MEMENTINGKAN MASA

M01
Berkeliaran / merayau di kawasan asrama
Amaran

M02
Datang lewat ke asrama
Amaran

M03
Makan di dewan makan luar waktu yang ditetapkan
Amaran

M04
Keluar dari kawasan asrama tanpa kebenaran
Hubungi ibu bapa





TINGKAH LAKU YANG KURANG SOPAN DAN BIADAP

S01
Berkelakuan kasar  terhadap guru
Amaran

S02
Berkelakuan kasar terhadap pengawas
Amaran

S03
Berbahasa kasar terhadap murid
Amaran

S04
Berbahasa kesat  / kasar
Amaran

S05
Menyimpan dan mengedar rokok
Amaran /Panggil ibu bapa

S06
Menghisap rokok
Amaran / Panggil ibu bapa

 S07
Mengganggu  pengajaran dan pembelajaran
Amaran

 S08
Tidak menghormati guru/ ingkar arahan guru
Amaran / Panggil ibu bapa

S09
Tidak menghormati pengawas
Amaran

S10
Simpan / edar minuman keras / sebarang minuman  yang memabukkan
Rampas / Panggil ibu bapa

S11
Menyimpan pemetik api / mancis
Rampas / Amaran

S12
Terlibat dalam aktiviti yang mencemarkan nama baik sekolah
Amaran / Panggil ibu bapa

S13
Melanggar peraturan trafik
Amaran /Denda





TINGKAH LAKU ROSAK
R01
Merosakkan harta benda sekolah
Amaran / Denda
R02
Merosakkan harta benda Pengetua/ guru
Amaran / Denda
R03
Merosakkan harta benda kantin
Amaran / Denda
R04
Merosakkan harta benda pelajar
Amaran / Denda
R05
Merosakkan harta benda asrama
Amaran / Denda
R06
Melakukan pembaziran air atau elektrik
Amaran / Denda
R07
Menyalahgunakan peralatan elektrik
Amaran / Denda
R08
Mengotorkan kawasan bangunan
Amaran / Denda
R09
Mengotorkan kelas
Amaran / Denda
TINGKAH LAKU BOHONG ATAU TIDAK JUJUR
B01
Menipu yang melibatkan duit
Hubungi ibu bapa
B02
Menipu yang melibatkan kepercayaan
Hubungi ibu bapa
B03
Menipu/ meniru semasa ujian atau peperiksaan
Markah 0 untuk ujian / peperiksaan
B04
Memalsukan keterangan atau rekod rasmi
Hubungi ibu bapa
B05
Memalsukan maklumat kes
Hubungi ibu bapa
TINGKAH LAKU PONTENG
P01
Ponteng kelas
Amaran
P02
Ponteng solat
Denda / Hubungi  ibu bapa
P03
Ponteng solat berjemaah
Amaran/Denda
P04
Ponteng puasa fardhu
Denda  / Hubungi ibu bapa
P05
Ponteng puasa sunat
Amaran atau denda
P06
Ponteng Kelas PREP
Amaran / Denda

No comments:

Post a Comment