Tuesday 18 September 2012


SEKOLAH MENENGAH AGAMA IHYA UL ULUM AD DINIAH
KM 12 SIMPANG EMPAT, 06650 ALOR SETAR
 KEDAH DARUL AMAN.

Sekolah Menengah Agama Ihya Ul Ulum Ad Diniah adalah sebuah sekolah agama rakyat yang diasaskan oleh Tuan Guru Hj Abdul Mutalib Bin Abdul Rahman  sekitar  awal tahun 1950 an. Pada awalnya sekolah ini dikenali dengan panggilan Pondok Tuan Guru Syeikh Talib.  Pada  20 Julai 1964, sekolah ini telah didaftarkan dibawah Majlis Agama Islam Kedah dengan nombor pendaftaran 9/1964. Oleh itu sistem pembelajaran secara umumi telah ditukar kepada sistem persekolahan dwi aliran iaitu  kurikulum Kementerian Pelajaran  dan Kurikulum Agama - Arab  yang dikenali  dengan kurikulum al Azhari. Sekolah ini telah  beroperasi dengan baik sehingga tahun 2003. Namun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, pada tahun yang sama seorang demi seorang guru dan pelajar bertukar ke sekolah-sekolah berhampiran dan terpaksa ditutup.

Pada tahun 2006 Lembaga Tadbir Sekolah  baru telah dilantik bagi menggerakan semula aktviti persekolahan. Akhirnya dengan usaha dan kerja kuat lembaga tadbir sekolah  pada 03 Oktober 2006 bersamaan 10 Ramadhan 1427, kebenaran beroperasi semula telah diperolehi ( daripada Majlis Agama Islam Kedah (MAIK), Bil (42) Dlm Agama (K) 1.01) dan sesi persekolahan  beremula pada Januari 2007, dengan gabungan  Lembaga Tadbir  Sekolah dan   guru-guru yang mantaf dan  bersemangat, sekolah ini terus beroperasi  sehingga  ke hari ini.

Usaha-usaha telah dijalankan bagi mendaftar sekolah ini sebagai sebuah sekolah bantuan kerajaan kementerian pelajaran sejak tahun 2006 lagi.  Akhirnya pada 7 september 2010 Memorandum persefahaman  (MoU) pendaftaran sekolah-sekolah Agama Rakyat  telah  di tandatangani  oleh Kementerian Plajaran Malaysia dan Majlis Agama Islam Negeri Kedah . Maka bermulalah sekolah ini sebagai  Sekolah Agama  Bantuan  Kerajaan (SABK)

Semoga Sekolah Menengah Agama Ihya Ul Ulum Ad Diniah akan terus berkembang maju mengikut peredaran masa  bagi melahirkan  ilmuan Islam yang dapat berbakti pada agama, bangsa dan negara.